Sunday, June 21, 2009

MOTIVASI ANDA CHAMPION


Widen Your Talent & A Champion You Will Be

Di dalam M.A.C kali ini En Estim ingin berkongsi dengan semua pembaca berkaitan dengan Champion melalui bakat yang ada. Kadang-kadang manusia tidak nampak akan bakat yang ada di dalam dirinya sendiri, menyebabkan seseorang itu tidak mengetahui akan potensi dan kelebihan yang ada untuk menjadi individu yang berkeyakinan (self estim) yang mana boleh mereka gilap.. Apa itu bakat? Tentu semua lebih arif berkaitan dengan maksud bakat inikan.. di dalam kamus dewan edisi keempat; bakat adalah kebolehan semulajadi (yang terpendam).. ini bermakna bakat yang kita ada adalah anugerah yang di beri oleh Allah yang perlu di teroka untuk mendapat manfaat..

En Estim cukup tertarik dengan isi kandungan sebuah buku ‘Apa Bakat Saya?’ hasil penulisan Ahmad Naim Jaafar dan Saiful Izzuan Hussin yang mana menceritakan akan kisah Arnab kecil (cerita dongeng) yang belajar di sekolah hutan dan bakatnya adalah dalam bidang larian sahaja. Akan tetapi arnab itu kalah dan tidak mempunyai bakat di dalam bidang mengangkat kayu, memanjat pokok dan lain-lain sehinggalah arnab itu merasakan dirinya tidak berguna.. Oleh itu bakat yang kita ada walaupun di anggap bakat itu tidaklah hebat dari pandagan mata orang sekeliling, janganlah kita merasakan ia rendah dan tidak sempurna malah anda mestilah menunjukkan dan mengembangkan bakat yang ada menjadi kekuatan di dalam diri anda.. Perlu ingat, setiap bakat yang Allah beri ada hikmah..

Anda mesti kenal Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang mana adalah seorang pakar di dalam motivasi dan penulis buku. Apa yang kita dapat ambil darinya? Tentu sekali tentang ‘BAKAT’. Sekiranya Dr Fadzilah Kamsah tidak ada bakat di dalam pengucapan awam dan komunikasi sudah tentu dirinya tidak menjadi sehebat sekarang.. Ramai lagi tokoh-tokoh yang mengambil anugerah bakat iuntuk kecemerlangan dirinya…

B - Bila
A - Ada
K - Kekuatan / Kemahiran
A - Anda
T - Tunjukkan

En Estim dapat mempelajari sesuatu tentang Bakat dari Amin Idris (Author,Trainer, Speaker) RK Training & Management pada 13.06.09 di dalam sebuah majlis.

En Estim bersama Ust Ashraf pada 14.06.09 di dalam program perkelahan


0 comments:

HOME