Monday, June 22, 2009

MOTIVASI ANDA CHAMPION


BERMUDAH-MUDAH DALAM CAPAI CHAMPION

Banyak sudah perkongsian yang di buat di dalam M.A.C berkaitan anda mampu jadi juara. Kali in En.Estim sekali lagi ingin berkongsi dengan pembaca berkaitan Champion bukan dengan semudah ABC… Kadang-kadang sikap kita ini selalu inginkan semua perkara di sediakan dan tidak mempunyai masalah di dalam mencapai Champion. Sebagai contohlah pelajar sekolah, ramai pelajar yang inginkan maklumat di sediakan oleh guru, tampa mereka mencari dan ulang kaji. Kalau mahasiswa pula, ramai yang menunggu nota dari pensyarah untuk di fotostat berbanding berjumpa dan bertanya dengan pensyarahkan, kalau alam pekerjaan pula, ramai nak kerja dengan mudah tapi gaji masuk dan bertambah….


Inilah kesan reaktif di dalam self estim.. umpama yang dinyatakan oleh Ainon Mohd di dalam penulisan bukunya ‘Berfikir Secara Logik & Kritis’ sebagai ‘kesan Kinabalu’ iaitu diri manusia yang bersikap sebegini di umpama seperti Gunung Kinabalu terpacak tegak yang hanya menunggu di daki sahaja..maknanya kita hanya bermudah-mudah sahaja… Andakah anda sebegini? Moga-moga tidaklah ye.. Sebenarnya ingin bermudah-mudah di dalam mencapai champion adalah orang yang selulu berfikir takut kepada kegagalan. Bagi En Estim, seseorang bergelar champion selalunya akan menempuh Sesutu kegagalan dan kesusahan .

Sepertimana kita lihat contoh terbaik iaitu Rasulullah S.A.W, bagaimana obor Islam dapat di kembangkan sampai ke hari ini dengan baginda dari awalnya lagi mendapat rintangan dan kesusahankan dari kaum kerabatnya sehinggalah baginda di uji dengan begitu habatnya. Sampaikan Rasulullah iaitu kekasih Allah sendiri sentiasa mendapat kesusahan di dalam membentuk kejayaan, jadi kita manusia biasa tentu sekali tidak perlu bermudah-mudah di dalam menjadi seorang juara.

0 comments:

HOME