Interesting With Your life

Dulu di alam persekolahan, cikgu sentiasa bertanya soalan berkaitan minatkan? Contohnya Apa yang anda minat? Tentu kita jawab minat melukis, minat barmain bola, minat menyanyi dan macam-macam lagi... Mengapa soalan ini di tanya semasa kita kecil lagi? Tentu ia pentingkan.... Di Dalam M.A.C kali ini, akan berkongsi dengan pembaca tentang MINAT pula untuk menjadi seorang yang Champion.... Selalunya seseorang individu itu akan mempunyai minat yang tersendiri, malah ada yang memperkembangkan minatnya dan ada yang menukar cita rasa minatnya... Anda hendak tahu mengapa minat itu penting? ini kerana minat akan mewujudkan keseronokan di dalam diri anda, apabila anda seronok dengan apa yang anda lakukan maka akan menjadi ia motivasi diri dan kesungguhan akan terhasil sehinggalah kejayaan anda akan perolehi...
En Estim ingin menceritakan tentang Micheal Dell yang mengasas komputer Dell. Dell sebenarnya langsung tiada kemahiran di dalam komponen komputer sebelum menghasilkan komputernya sendiri. Pada ketika usianya belasan tahun, dia mula meneroka komputer yang di beli dan mempelajari cara komponen itu berfungsi untuk mencipta komputernya sendiri. Anda nak tahu? Sebenarnya Dell tidak berminat dengan komponen komputer... minat Dell adalah berniaga.. Bila minat itu wujud, dia seronok untuk mengetahui akan komponen komputer sehinggalah dia mahukan memiliki sebuah syarikat pengeluaran komputer terbesar di dunia... Inilah MINAT... boleh Berjayakan...


0 comments:
Post a Comment