Sunday, June 21, 2009

MOTIVASI ANDA CHAMPION

Champion With Self Respect !!

M . A. C kali ini akan membincangkan berkaitan dengan juara melalui menghormati orang lain... Hormat orang lain boleh jadi juara juga ke? Bagi En Estim, hormat orang lain memang akan menjadi juara walaupun tidak mendapat sebarang piala atau sesuatu material.. Yang penting, orang sebegini akan menjadi model yang baik dan ramai akan mendekatinya sepertimana Rasulullah S.A.W yang di gelar Al-Amin oleh penduduk Mekah....

En Estim kali ini ingin berkongsi cerita berkaitan juara melalui menghormati orang lain... Anda kenal Tiger Woods dan Steve Scott? Mungkin ada yang kenal kerana mereka berdua ini adalah jaguh di dalam permainan golf... Di dalam perlawanan akhir U.S Amateur Golf Championship 1997, Woods dan Steve adalah dua peserta akhir yang akan merangkul kejuaraan ini. Pada lubang terakhir satu kejutan berlaku apabila steve tidak berjaya masukkan bola itu walaupun jaraknya dekat dengan lubang berbanding dengan wood. Akhirnya wood telah menjadi pemenang di dalam pertandingan ini.

Anda semua hendak tahu apa yang berlaku sebenarnya? Steve di temuramah dan menyatakan alasannya, Steve sebenarnya dari awal lagi meletakkan kejuaraan ini kepada Woods dan bola terakharnya adalah bola untuk kemenangan Woods.. Wow.. maksudnya Steve telah memberi kejuaraan ini kepada Woods dan menghormati persahabatan di dalam permainan dan bukannya mengaku kalah... Walaupun Steve tidak meraih piala kejuaraan akan tetapi dia telah mendapat sesuatu nilai persahabatan dan juara melalui memberi penghormatan kepada orang lain. Dia telah di anggap Champion!!!...

Anda macam mana?

0 comments:

HOME