Sunday, June 21, 2009

MOTIVASI ANDA CHAMPION


Creativity and you can be Champion

Semoga pembaca sekalian dalam keadaan sihat dan di rahmati Allah. Di dalam M.A.C kali ini, En Estim akan berkongsi berkaitan satu lagi perkara yang boleh menjadikan anda seorang yang Champion. Anda mesti selalu mendengar perkataan kreatif.. Pernah dahulu ketika zaman persekolahan, bila ada sesuatu perkara yang ingin di lakukan maka cikgu akan menyuruh kita kreatifkan.. Nampaknya kreatif ini sesuatu yang penting untuk jadi Champion? Ok.. selalunya kreatif ini di kaitkan dengan minda kita .. Ramai insan-insan yang hebat akan menjadikan kreatif itu salah satu perkara untuk memajukan diri contohnya Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Graham Bell, Bill Gates, Irfan Khairi dan ramai lagi.

Cuba kita lihat maksud kreatif di dalam tafsiran tokoh pemikiran iaitu Edward De Bono yang bermaksud , ‘to bring into being’ ; ‘buat sesuatu daripada tiada kepada ada’. Menunjukkan kreatif itu adalah suatu kuasa yang mana ia di lakukan dengan mencipta sesuatu bukannya meniru.. Wow.. orang yang hebat adalah orang yang mencipta sesuatu kejayaan di samping kejayaannya itu dapat di nikmati oleh orang lain..

Di sini En Estim ingin menunjukkan 4 P di dalam menjadikan ia Kreatif iaitu Person, Process,Product dan Press. Apa benda ini?...
Di dalam kreatif, 4 perkara utama ini mesti ada, Person = melibatkan bagaimana sifat seseorang itu contohnya bersifat rajin,imaginasi,ambil risiko dan sifat yang positif. Process = melibatkan bagaimana kemahiran dan strategi yang kita ambil. Product = melibatkan apa yang kita akan bawa di dalam melakukan seuatu dan Press = melibatkan persekitaran luar yang kita akan tempuh dan hadapi. Hasilnya seseorang itu akan dapat berkembang dan menjadikan dirinya sebagai seorang yang Champion…

0 comments:

HOME