Tuesday, June 30, 2009

MOTIVASI ANDA CHAMPION


PENAMPILAN PUN BOLEH JADI JUARA




Selamat bertemu kembali kepada semua pembaca. Sudah lama En.Estim tidak berkongsi dengan anda semua berkaitan M.A.C kan?..Sebelum ini M.A.C banyak berkongsi dengan anda berkaitan minat, bakat, hormati orang, kreatif dan bermacam-macam lagi. Kali ini apa pula yang En.Estim ingin bawa ye…emmmm.. sedang berfikir… Ok.. M.A.C kali ini berkaitan seseorang itu akan menjadi Champion dengan keterampilan yang sesuai. Setiap manusia mempunyai keterampilan yang cukup berbeza. Kadang-kadang ada orang yang sentiasa mengubah keterampilan mengikut suasana, supaya ianya di terima umum. Ada pula yang mengubah mengikut kehendak orang ramai dan ada juga yang mengubah di sebabkan oleh dirinya yang semakin meningkat potensi diri ataupun menurunnya potensi diri. Ada juga yang sentiasa tetap dengan keterampilan dirinya… Sebagai contoh, cuba kita bayangkan keterampilan seorang artis? macam mana, tentu anda dapat bayangkan.. cuba bayangkan pula keterampilan seorang guru yang mengajar di sekolah? macam mana.. tentu ada beza dengan keterampilan artiskan. Cuba bayangkan keterampilan seorang nelayan yang berada di dalam bot yang sedang memancing ikan… lagi berbeza dari seorang artis dan gurukan. Adakah keterampilan ini membawa kejayaan dan memberi kita men jadi juara? Ada sesetengah orang beranggapan keterampilan ini tidak penting dan ia bukanlah sesuatu yang membawa kepada Champion..

Ini pandagan En.Estim.. Keterampilan membawa kepada Champion? Jawapannya adalah’ YA’. Keterampilan merupakan satu elimen kendiri yang sentiasa ada untuk diri anda bertambah estim (keyakinan diri). Ini kerana keterampilan merupakan sesuatu yang akan di bentangkan secara umum dan akan di nilai oleh orang yang melihat kita. Apabila keterampilan kita menampakkan perkara positif maka orang akan menilai diri kita adalah seorang yang positif walaupun keterampilan kita seorang nelayan. Sekiranya keterampilan kita menampakkan perkara negatif contohnya seorang guru perempuan berpakaian menjolok mata seperti menampakkan bahu dan dada secara terbuka semasa mengajar tentu sekali pelajar menilai guru ini tidak boleh di jadikan contoh tauladan yang baik.. Apabila diri kita sentiasa di nagatifkan di sebabkan keterampilan kita yang negatif maka cas-cas negatif yang akan masuk di dalam diri kita akan bertambah menyebabkan motivasi dalam keyakinan diri akan menurun.. bila menurun kita akan hilang daya untuk menjadi seorang Champion.. Oleh itu keterampilan yang sesuai dan positif perlulah ada di dalam diri sepertiman pimpinan agong kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mempunyai keterampilan yang mampu di ingati manusia sampai ke hari ini.. Inilah Champion….

Monday, June 22, 2009

MOTIVASI ANDA CHAMPION


BERMUDAH-MUDAH DALAM CAPAI CHAMPION

Banyak sudah perkongsian yang di buat di dalam M.A.C berkaitan anda mampu jadi juara. Kali in En.Estim sekali lagi ingin berkongsi dengan pembaca berkaitan Champion bukan dengan semudah ABC… Kadang-kadang sikap kita ini selalu inginkan semua perkara di sediakan dan tidak mempunyai masalah di dalam mencapai Champion. Sebagai contohlah pelajar sekolah, ramai pelajar yang inginkan maklumat di sediakan oleh guru, tampa mereka mencari dan ulang kaji. Kalau mahasiswa pula, ramai yang menunggu nota dari pensyarah untuk di fotostat berbanding berjumpa dan bertanya dengan pensyarahkan, kalau alam pekerjaan pula, ramai nak kerja dengan mudah tapi gaji masuk dan bertambah….


Inilah kesan reaktif di dalam self estim.. umpama yang dinyatakan oleh Ainon Mohd di dalam penulisan bukunya ‘Berfikir Secara Logik & Kritis’ sebagai ‘kesan Kinabalu’ iaitu diri manusia yang bersikap sebegini di umpama seperti Gunung Kinabalu terpacak tegak yang hanya menunggu di daki sahaja..maknanya kita hanya bermudah-mudah sahaja… Andakah anda sebegini? Moga-moga tidaklah ye.. Sebenarnya ingin bermudah-mudah di dalam mencapai champion adalah orang yang selulu berfikir takut kepada kegagalan. Bagi En Estim, seseorang bergelar champion selalunya akan menempuh Sesutu kegagalan dan kesusahan .

Sepertimana kita lihat contoh terbaik iaitu Rasulullah S.A.W, bagaimana obor Islam dapat di kembangkan sampai ke hari ini dengan baginda dari awalnya lagi mendapat rintangan dan kesusahankan dari kaum kerabatnya sehinggalah baginda di uji dengan begitu habatnya. Sampaikan Rasulullah iaitu kekasih Allah sendiri sentiasa mendapat kesusahan di dalam membentuk kejayaan, jadi kita manusia biasa tentu sekali tidak perlu bermudah-mudah di dalam menjadi seorang juara.

Sunday, June 21, 2009

MOTIVASI ANDA CHAMPION


Creativity and you can be Champion

Semoga pembaca sekalian dalam keadaan sihat dan di rahmati Allah. Di dalam M.A.C kali ini, En Estim akan berkongsi berkaitan satu lagi perkara yang boleh menjadikan anda seorang yang Champion. Anda mesti selalu mendengar perkataan kreatif.. Pernah dahulu ketika zaman persekolahan, bila ada sesuatu perkara yang ingin di lakukan maka cikgu akan menyuruh kita kreatifkan.. Nampaknya kreatif ini sesuatu yang penting untuk jadi Champion? Ok.. selalunya kreatif ini di kaitkan dengan minda kita .. Ramai insan-insan yang hebat akan menjadikan kreatif itu salah satu perkara untuk memajukan diri contohnya Ibn Sina, Al-Khawarizmi, Graham Bell, Bill Gates, Irfan Khairi dan ramai lagi.

Cuba kita lihat maksud kreatif di dalam tafsiran tokoh pemikiran iaitu Edward De Bono yang bermaksud , ‘to bring into being’ ; ‘buat sesuatu daripada tiada kepada ada’. Menunjukkan kreatif itu adalah suatu kuasa yang mana ia di lakukan dengan mencipta sesuatu bukannya meniru.. Wow.. orang yang hebat adalah orang yang mencipta sesuatu kejayaan di samping kejayaannya itu dapat di nikmati oleh orang lain..

Di sini En Estim ingin menunjukkan 4 P di dalam menjadikan ia Kreatif iaitu Person, Process,Product dan Press. Apa benda ini?...
Di dalam kreatif, 4 perkara utama ini mesti ada, Person = melibatkan bagaimana sifat seseorang itu contohnya bersifat rajin,imaginasi,ambil risiko dan sifat yang positif. Process = melibatkan bagaimana kemahiran dan strategi yang kita ambil. Product = melibatkan apa yang kita akan bawa di dalam melakukan seuatu dan Press = melibatkan persekitaran luar yang kita akan tempuh dan hadapi. Hasilnya seseorang itu akan dapat berkembang dan menjadikan dirinya sebagai seorang yang Champion…
MOTIVASI ANDA CHAMPION

Interesting With Your life


Dulu di alam persekolahan, cikgu sentiasa bertanya soalan berkaitan minatkan? Contohnya Apa yang anda minat? Tentu kita jawab minat melukis, minat barmain bola, minat menyanyi dan macam-macam lagi... Mengapa soalan ini di tanya semasa kita kecil lagi? Tentu ia pentingkan.... Di Dalam M.A.C kali ini, akan berkongsi dengan pembaca tentang MINAT pula untuk menjadi seorang yang Champion.... Selalunya seseorang individu itu akan mempunyai minat yang tersendiri, malah ada yang memperkembangkan minatnya dan ada yang menukar cita rasa minatnya... Anda hendak tahu mengapa minat itu penting? ini kerana minat akan mewujudkan keseronokan di dalam diri anda, apabila anda seronok dengan apa yang anda lakukan maka akan menjadi ia motivasi diri dan kesungguhan akan terhasil sehinggalah kejayaan anda akan perolehi...


En Estim ingin menceritakan tentang Micheal Dell yang mengasas komputer Dell. Dell sebenarnya langsung tiada kemahiran di dalam komponen komputer sebelum menghasilkan komputernya sendiri. Pada ketika usianya belasan tahun, dia mula meneroka komputer yang di beli dan mempelajari cara komponen itu berfungsi untuk mencipta komputernya sendiri. Anda nak tahu? Sebenarnya Dell tidak berminat dengan komponen komputer... minat Dell adalah berniaga.. Bila minat itu wujud, dia seronok untuk mengetahui akan komponen komputer sehinggalah dia mahukan memiliki sebuah syarikat pengeluaran komputer terbesar di dunia... Inilah MINAT... boleh Berjayakan...

MOTIVASI ANDA CHAMPION


Widen Your Talent & A Champion You Will Be

Di dalam M.A.C kali ini En Estim ingin berkongsi dengan semua pembaca berkaitan dengan Champion melalui bakat yang ada. Kadang-kadang manusia tidak nampak akan bakat yang ada di dalam dirinya sendiri, menyebabkan seseorang itu tidak mengetahui akan potensi dan kelebihan yang ada untuk menjadi individu yang berkeyakinan (self estim) yang mana boleh mereka gilap.. Apa itu bakat? Tentu semua lebih arif berkaitan dengan maksud bakat inikan.. di dalam kamus dewan edisi keempat; bakat adalah kebolehan semulajadi (yang terpendam).. ini bermakna bakat yang kita ada adalah anugerah yang di beri oleh Allah yang perlu di teroka untuk mendapat manfaat..

En Estim cukup tertarik dengan isi kandungan sebuah buku ‘Apa Bakat Saya?’ hasil penulisan Ahmad Naim Jaafar dan Saiful Izzuan Hussin yang mana menceritakan akan kisah Arnab kecil (cerita dongeng) yang belajar di sekolah hutan dan bakatnya adalah dalam bidang larian sahaja. Akan tetapi arnab itu kalah dan tidak mempunyai bakat di dalam bidang mengangkat kayu, memanjat pokok dan lain-lain sehinggalah arnab itu merasakan dirinya tidak berguna.. Oleh itu bakat yang kita ada walaupun di anggap bakat itu tidaklah hebat dari pandagan mata orang sekeliling, janganlah kita merasakan ia rendah dan tidak sempurna malah anda mestilah menunjukkan dan mengembangkan bakat yang ada menjadi kekuatan di dalam diri anda.. Perlu ingat, setiap bakat yang Allah beri ada hikmah..

Anda mesti kenal Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang mana adalah seorang pakar di dalam motivasi dan penulis buku. Apa yang kita dapat ambil darinya? Tentu sekali tentang ‘BAKAT’. Sekiranya Dr Fadzilah Kamsah tidak ada bakat di dalam pengucapan awam dan komunikasi sudah tentu dirinya tidak menjadi sehebat sekarang.. Ramai lagi tokoh-tokoh yang mengambil anugerah bakat iuntuk kecemerlangan dirinya…

B - Bila
A - Ada
K - Kekuatan / Kemahiran
A - Anda
T - Tunjukkan

En Estim dapat mempelajari sesuatu tentang Bakat dari Amin Idris (Author,Trainer, Speaker) RK Training & Management pada 13.06.09 di dalam sebuah majlis.

En Estim bersama Ust Ashraf pada 14.06.09 di dalam program perkelahan


MOTIVASI ANDA CHAMPION

Champion With Self Respect !!

M . A. C kali ini akan membincangkan berkaitan dengan juara melalui menghormati orang lain... Hormat orang lain boleh jadi juara juga ke? Bagi En Estim, hormat orang lain memang akan menjadi juara walaupun tidak mendapat sebarang piala atau sesuatu material.. Yang penting, orang sebegini akan menjadi model yang baik dan ramai akan mendekatinya sepertimana Rasulullah S.A.W yang di gelar Al-Amin oleh penduduk Mekah....

En Estim kali ini ingin berkongsi cerita berkaitan juara melalui menghormati orang lain... Anda kenal Tiger Woods dan Steve Scott? Mungkin ada yang kenal kerana mereka berdua ini adalah jaguh di dalam permainan golf... Di dalam perlawanan akhir U.S Amateur Golf Championship 1997, Woods dan Steve adalah dua peserta akhir yang akan merangkul kejuaraan ini. Pada lubang terakhir satu kejutan berlaku apabila steve tidak berjaya masukkan bola itu walaupun jaraknya dekat dengan lubang berbanding dengan wood. Akhirnya wood telah menjadi pemenang di dalam pertandingan ini.

Anda semua hendak tahu apa yang berlaku sebenarnya? Steve di temuramah dan menyatakan alasannya, Steve sebenarnya dari awal lagi meletakkan kejuaraan ini kepada Woods dan bola terakharnya adalah bola untuk kemenangan Woods.. Wow.. maksudnya Steve telah memberi kejuaraan ini kepada Woods dan menghormati persahabatan di dalam permainan dan bukannya mengaku kalah... Walaupun Steve tidak meraih piala kejuaraan akan tetapi dia telah mendapat sesuatu nilai persahabatan dan juara melalui memberi penghormatan kepada orang lain. Dia telah di anggap Champion!!!...

Anda macam mana?
MOTIVASI ANDA CHAMPION

WE ARE CHAMPION !

Adakah keputusan peperiksaan anda sekarang mencapai target yang anda inginkan? Berapa banyak anda dapat skor bila di tanya? Bagi pelajar yang cemerlang dan mendapat keputusan dengan mempunyai bilangan A yang banyak tentu jawapannya bersifat terus kepada fakta contohnya: "saya dapat 15 A1 dalam semua subjek (sambil tersenyum riang)".. lain pula jawapan pelajar yang mendapat sederhana cemerlang contohnya; "saya dapat cukup makan je atau saya dapat macam orang biasa-biasa. (sambil senyum tersipu-sipu)"... Tetapikan bagi pelajar yang tidak bernasib baik dan tidak mendapat kecemerlangan (banyak gagal) tentu jawapannya adalah; "senyapkan diri" atau akan mengubah topik yang di tanya (sambil buat-buat tersenyum).. mengapa terjadi sebegini????

Semua orang mahukan yang terbaik dan inginkan menjadi seorang juara... Bila anda kalah, mulalah akan merasakan diri sudah gagal.. kenyakinan diri pula mula menjadi lemah (low estim).. program minda anda pula mulalah tertutup untuk menerima hakikat diri yang anda sebenarnya belum berjaya (rasional belife) dan tingkah laku anda akan berubah dengan melakukan perkara yang berunsurkan nagatif... oleh itu.... en Estim merasakan ia perlu di ubah.... Anda kenal Thomas Alva Edison? En Estim pun baru je kenal dengan membaca kisahnya.... Hendak tahu? Edison seorang tokoh mencipta mentol dan pengasas kepada General Electic sebuah syarikat terkenal dahulu... Edoson telah mencuba sebanyak 6000 kali untuk mencipta mentol hinggakan seorang kawannya telah menemuinya dan mengatakan, "Kenapa kamu masih ingin mencipta sesuatu yang tidak membawa hasil kepada kamu? sudah 6000 kali kamu gagal!!...apa jawapan Edison? jawapannya sambil tersenyum riang. "saya bukan gagal 6000 kali, tetapi saya sudah berjaya menemui 6000 cara bagaimana sebuah mentol itu tidak berfungsi"... WoW... ini gaya jawapan orang yang belum berkjaya tapi masih menganggap dirinya mampu berjaya... inilah Champion!!!

Bagi pelajar yang belum berjaya lagi, En Esti Yakin anda pasti akan memperolehi kejayaan.. PERCAYALAH... yang penting kita ikut apa yang di suruh Allah dan Rasul yeee....

HOME